Allahyarhamah Datin Seri Norihan Ayob

KUALA LUMPUR – Isteri kepada bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz meninggal dunia malam tadi.

Allahyarhamah Datin Seri Norihan Ayob, 51, menghembus nafas terakhir di Gleneagles Hospital, Kuala Lumpur pada jam 10.10 malam.

Jumaat lalu, Allahyarhamah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu untuk pembedahan membuang ketumbuhan di kepala.

Bagaimanapun, keadaannya agak kritikal selepas pembedahan itu.

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa pulang ke kediamannya di Taman Melawati, dekat sini dan disembahyangkan di Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, kira-kira jam 8 pagi ini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate.

Allahyarhamah mempunyai tiga anak perempuan hasil perkongsian hidup dengan Ikmal Hisham yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah.

Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah sangat aktif dengan beberapa badan NGO dan banyak menumpukan kepada Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal Parlimen Tanah Merah (Ummul Habibah) yang dinaungi suaminya.

Ummul Habibah ditubuhkan pada pertengahan 2012 dan sehingga kini mempunyai kira-kira 4,000 ahli. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.