Anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia ( keselamatan sebaik lori yang membawa bekalan vaksin Covid-19 tiba di Kilang Pharmaniaga, di Puchong, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 27 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) hari ini menolak sekeras-kerasnya dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan terlalu bergantung harap padanya sebagai pembekal perkhidmatan logistik dan pengedaran farmaseutikalnya.

Bertentangan dengan dakwaan tersebut, Pharmaniaga dalam kenyataannya berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) membelanjakan kira-kira 35% daripadanya perbelanjaan farmaseutikal melalui Pharmaniaga, dengan peranan terhad kepada mengurus logistik dan pengedaran produk, serta menyimpan stok ubat sebanyak RM400 juta pada 31 Disember 2022.

Pemilihan pembekal, produk dan harga semuanya ditentukan oleh KKM selepas membuat tender terbuka.

Pada masa ini, Pharmaniaga memberi perkhidmatan kepada hampir 2,000 kemudahan kesihatan kerajaan di seluruh negara, termasuk penghantaran dari pintu ke pintu ke kawasan terpencil Sabah dan Sarawak.

Perkhidmatan ini dikawal oleh standard perkhidmatan yang ketat dan Prestasi Utama Indeks (KPI) dengan pengenaan penalti bagi sebarang ketidakpatuhan.

“Namun begitu, Pharmaniaga secara konsisten telah mencapai lebih daripada 98% markah KPI yang dimungkinkan melalui komitmen jangka panjang terhadap pelaburan infrastruktur dan rangkaian logistik yang luas di seluruh negara. Itu termasuk kemudahan disediakan oleh 14 gudang gred farmasi dan pusat pengedaran yang terletak secara strategik di Lembah Klang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, serta mengurus lebih daripada 300 kenderaan.

“Kumpulan ini juga melakukan lebih daripada 450,000 penghantaran melalui darat, udara, laut dan sungai setiap tahun dan kesemua penghantaran ini telah berjaya disiapkan mengikut KPI yang ditetapkan oleh KKM, disokong oleh hampir 500 pekerja logistik dan pengedaran yang kesemuanya penduduk tempatan,” ujarnya.

Syarikat ini mengulas kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang mahu kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan syarikat lain menyediakan dan mengedarkan bekalan perubatan kepada kemudahan penjagaan kesihatan awam.

Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, isu kewangan Pharmaniaga membuktikan ia terlalu berisiko untuk kerajaan bergantung kepada pembekal tunggal bagi bekalan perubatan.

Mengulas kenyataan itu, Pharmaniaga berkata, syarikat itu kekal komited terhadap anggungjawabnya terhadap kedua-dua perniagaan dengan KKMc dan sektor swasta walaupun mengalami cabaran selepas diumumkan Status Nota 17 (PN17) baru-baru ini disebabkan oleh penyediaan stok vaksin Covid-19.

Jelasnya, aktiviti perniagaan teras Pharmaniaga dalam penyelidikan dan pembangunan, pembuatan logistik & pengedaran, jualan & pemasaran operasi Indonesia sedang berjalan seperti biasa.

Tambah Pharmaniaga lagi, sebagai sebuah syarikat milik kerajaan yang bertanggungjawab, ia tidak pernah ingkar mana-mana obligasinya kepada institusi kewangan, tetapi tidak menafikan wujud kelewatan yang tidak dijangka baru-baru ini dalam pembayaran kepada pembekalnya.

Namun, syarikat akan memastikan keadaan ini dapat ditangani tidak lama lagi.

“Kebanyakan kewajipan telah dijelaskan, dan kumpulan ini akan terus mematuhi semua kewajipan untuk memastikan akses pesakit kepada ubat kekalctidak terganggu dan terus utuh,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast