Lokman Noor Adam slander Syariah Chief Judge Dr Mohd Na’im Mokhtar sexual harassment
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam percaya masih ada peluang untuk pembebasan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak.

Katanya, walaupun Mahkamah Persekutuan menolak permohonan untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini namun sekurang-kurangnya masih ada tiga lagi ruang berbeza untuk Najib.

Beliau berkata, tiga ruang itu ialah keputusan Peguam Negara, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Lembaga Pengampunan.

“Pembebasan itu masih boleh berlaku sekiranya Peguam Negara akan datang melakukan pendakwaan ke atas Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang didapati telah melanggar kod etika hakim oleh SPRM.

“Malah saya yakin Yang di-Pertuan Agong akan menjadikan keputusan seorang daripada lima panel hakim iaitu Datuk Rahman Sebli sebagai garis panduan untuk tujuan selanjutnya,” kata beliau yang dipetik sebuah portal.

Di Putrajaya hari ini, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Lima panel hakim yang bersidang membabitkan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais menolak semakan tersebut dengan keputusan 4-1.

Daripada lima panel hakim, empat hakim tersebut menolak permohonan semakan, manakala Abdul Rahman menyokong semakan dilakukan.

Ketika membacakan penghakiman, Vernon Ong berkata, pihaknya tiada merit dalam permohonan yang dikemukakan oleh bekas Presiden UMNO itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast