Kota Tinggi Srikandi Bersatu molest sexual harassment ADUN state Assemblyman
Penagih dadah yang terlelap tidur ketika pecah masuk kedai makan untuk mencuri berjaya dibelasah dan dicekup awam.- Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki parah selepas ditetak dengan parang dalam pergaduhan di Jalan Mutiara Raya, Cheras, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya telah menangkap seorang perempuan berumur 39 tahun yang disyaki bersubahat dengan suspek utama kes pergaduhan tersebut.

Suspek utama sehingga kini masih belum ditemui.

“Orang yang dikehendaki adalah Heranpal Singh A/L Harjan Singh, berumur 45 tahun beralamat  nombor 241 Jalan Karak, Mentakab Pahang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Zam Halim menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan.

Dalam masa yang sama, beliau meminta saksi kejadian supaya menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.-MalaysiaGazette