Najib Kod Etika Hakim
Nooryana Najwa Najib

KUALA LUMPUR – Anak perempuan bekas perdana menteri, Nooryana Najwa meluahkan rasa sedih kerana terpaksa pulang dari mahkmah tanpa ditemani bapanya, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Exco Pergerakan Puteri UMNO itu berkata, sebelum dibawa pulang ke penjara, ayahnya ada memberitahu mereka adik beradik yang beliau ingin berbuka puasa bersama keluarga selepas keputusan mahkamah diputuskan.

“Tadi (semalam) sebelum Daddy dibawa pulang ke penjara, Daddy kata kepada Yana dan adik-beradik, Daddy baru fikir apa kita nak buka puasa malam ni? Ingat boleh sembahyang bersama family.

“Sedih, memang sedih. Kerana ketika diperlukan, DSN (Datuk Seri Najib) sentiasa berada di sisi kita. Ketika diminta peluang, DSN jarang say no (kata tidak),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Nooryana berkata, Najib yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pekan tidak meminta apa-apa selain perbicaraan kes yang adil. – MalaysiaGazette