Shahrol Anuwar Sarman,

KUALA LUMPUR – mFGV Holdings Berhad (FGV) mengumumkan penamaan semula Datuk Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Lantikan Kerajaan dalam Lembaga Pengarah FGV sebagai Pengerusi Interim bermula 1 April 2023.

Shahrol akan memegang jawatan ini sehingga pelantikan Pengerusi baharu dibuat oleh Pemegang Saham Khas FGV.

Langkah penamaan semula dilakukan susulan tamat tempoh perkhidmatan Pengerusi sebelum ini, Datuk Dzulkifli Abd Wahab pada 31 Mac 2023.

Shahrol Anuwar, 49, mempunyai pengalaman yang luas dalam peranan-peranan kepimpinan antarabangsa dan tempatan.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan di Kementerian Kewangan dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha di Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan dari 2019 hingga 2022.

Shahrol kini menyandang jawatan Pengarah di Pejabat Bajet Negara, Kementerian Kewangan. – MalaysiaGazette