Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof hadir pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan April Tahun 2023 di Puspanitapuri, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 03 APRIL 2023.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan delegasi Malaysia ke China baru-baru ini sebagai satu kejayaan luar biasa diatas semangat berpasukan rentas kementerian yang dilaksanakan dengan baik.

Beliau berkata, kerjasama yang diberikan oleh semua pihak telah membuahkan hasil apabila banyak perkara-perkara penting dapat dilakukan menerusi lawatan itu.

Malah, katanya, kejayaan itu secara tidak langsung memberi keyakinan baharu kepada pelabur menerusi politik yang stabil serta ketetapan lebih jelas untuk ada kaedah baharu yang lebih cekap dan bersih.

“Ini kerana bukan seorang Perdana Menteri, tetapi (sebagai) pasukan, pimpinan dan penjawat awam, menyusun acara, mendapatkan hampir 50 syarikat gergasi terbesar ini untuk boleh hadir.

“Ini kerana usaha dibuat bukan sahaja oleh Kementerian Luar tetapi juga kementerian terkait, berbincang dan menemui mereka (China) sebelum ada pertemuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Putra di sini, hari ini.

Hadir sama pada perjumpaan berkenaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perdana Menteri turt mengakui dengan imej Malaysia yang baik, beliau mendapat layanan luar biasa daripada Presiden (Xi Jinping) dan Perdana Menteri China (Li Qiang).

“Saya terkesan dan terharu, bukan sekadar layanan malah perbincangan hati ke hati, menghormati pendirian kita, meneliti beberapa inisiatif termasuk mengenai pembangunan, keselamatan dan peradaban.

“Malah, dalam (kata) penghantar, dia (Jinping) sebut mengenai (konsep) madani, dia sebut minat saya yang suka mengkaji Confucius dan dia anggap kita suara dalam dunia Islam. jadi perbincangan itu penuh dengan penghormatan,” tambahnya.

Delegasi Malaysia ke China disertai Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pengangkutan Anthony Loke; Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Lawatan ke China ni agak sahih berbaloi kerana PM ada statement.
    Berjalan-jalan sambil berhibur ke Arab Saudi tu memang kelaut dan mengabiskan duit rakyat.
    Hanya Welanon Welanon sahaja kata amat berjaya tahap dewa. entahlah tak faham aq otak Welanon Welanon ni..
    penghinaan pun dianggap satu ANUGERAH TERTINGGI.. phuii

Comments are closed.