Anggota bomba memeriksa lori yang terhumban di dalam tali air berhampiran MCKIP. Gambar ihsan Bomba. Pahang

KUANTAN – Seorang lelaki ditemukan maut apabila lori tanah yang dipandunya terbabas dalam tali air berhampiran kawasan Pembangunan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP), di sini tengah malam tadi.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.02 pagi.

“Sampai di lokasi, terdapat sebuah lori tanah terjatuh dalam tali air berhampiran MCKIP,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Beliau berkata, bomba terpaksa menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa, seorang lelaki Melayu yang terperangkap dalam lori yang terbalik itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian,” tambah Zulfadli.

Jenazah mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast