KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi sedih apabila mengenangkan keadaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini menunaikan ibadah puasa di penjara.
Beliau yang kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah mengimbau kembali kenangan berbuka puasa dengan Najib di kondominium Pavilion dahulu.
Selain itu, Mohd. Puad terkenang semasa beliau solat tarawih secara berjemaah bersama Najib.
“Sedih kini beliau berbuka puasa tanpa teman-teman. Saya terus berdoa pembebasan beliau di depan Kaabah,” katanya dalam hantaran Facebook malam tadi.
Hasrat Najib untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan di luar penjara tidak kesampaian setelah Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu menolak permohonan beliau untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Lima panel hakim yang bersidang membabitkan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais menolak semakan tersebut dengan keputusan 4-1.
Daripada lima panel hakim, empat hakim tersebut menolak permohonan semakan manakala Abdul Rahman menyokong. – MalaysiaGazette
Pak Cik Puad ni dah tanya Zahid Hamidi ke keputusan doa depan Kaabah tu Allah balas apa?
Welanon Welanon lain tak berdoa ke
Hmm, org pergi umrah di bulan suci tak payah la nak broadcast niat tu..sendiri doa, sendiri la sampai..what is in Madinah, stays in Madinah..
Doa org yg dizalimi tidak dihijab…moga mereka yg zalim diberikan balasan setimpal