Rahim Maarof

KUALA LUMPUR – Penyanyi lagu Cinta Kristal, Rahim Maarof telah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh selepas diserang angin ahmar dan tidak sedarkan diri.

Beliau yang berusia 68 tahun itu juga menjalani pembedahan di kepala Jumaat lalu.

Berita sedih ini dikongsikan penggiat industri muzik tanah air yang dimaklumkan sepupu Rahim yang memohon agar dihebahkan keadaan kesihatan penyanyi rock yang popular suatu masa dahulu.

Selain Cinta Kristal, Rahim juga dikenali dengan lagu Jangan Kau Rayu, Istana Menanti dan Lizawati. – MalaysiaGazette