Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan supaya menyemak ketepatan waktu solat menerusi panduan terbitan Jabatan Mufti Negeri atau menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menerusi hantaran di Facebook, Jabatan Mufti Selangor memaklumkan, terdapat beberapa aplikasi dikesan memaparkan jadual waktu solat berbeza berbanding yang diterbitkan oleh pihak berkuasa agama.

“Oleh itu, kami menasihatkan orang ramai untuk merujuk jadual waktu solat terbitan Jabatan Mufti Negeri atau Jakim sebagai rujukan utama berbanding penggunaan aplikasi jadual waktu solat yang lain,” demikian menurut hantaran itu.

Orang ramai turut dinasihatkan sentiasa menyemak ketepatan waktu yang digunakan berpandukan Waktu Piawai Malaysia menerusi pautan berikut: https://mst.sirim.my/.

Bagi penduduk Selangor, jadual waktu solat boleh dimuat turun menerusi pautan
https://www.muftiselangor.gov.my/perkhidmatan/takwim-solat-2023m-1444h. – MalaysiaGazette