Gambar hiasan

KUANTAN – Tiga individu, termasuk seorang wanita, ditahan ditahan polis dalam serbuan di Felda Bukit Damar, Lanchang pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas dadah disyaki ganja seberat 422.95 gram, pil eramin (125.79 gram), pil yaba (61.27 gram) dan syabu (1.76 gram).

“Polis telah membuat siasataan ke atas sebuah kenderaan jenis perodua Myvi milik suspek dengan anggaran nilai rampasan dadah dan sitaan adalah berjumlah lebih kurang RM47,420.

“Kesemua dadah yang dirampas ini dipercayai untuk pasaran sekitar Temerloh, Pahang yang menyasarkan untuk kegunaan seramai lebih kurang 50 ke 100 orang penagih dadah,” katanya dalam kenyataan , hari ini.

Menurut Mohd Azhar, hasil semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah dadah.

Tambah beliau, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 34 hingga 42 tahun direman bermula 31 Mac sehingga 8 April ini bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mandatori gantung sampai mati atau penjara seumur hidup. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast