KUALA LUMPUR – Had usia kenderaan teksi dan e-hailing di negara ini dilanjutkan sehingga 15 tahun mulai hari ini.
Agensi Pengangkutan Awam Darat berkata, pelanjutan had usia ini sejajar dengan hasrat Kementerian Pengangkutan dalam usaha melestarikan industri teksi dan e-hailing ke arah menambaik sistem pengangkutan negara.
Menurutnya, pelanjutan ini juga terpakai bagi kedua-dua kelas kenderaan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan beberapa syarat.
Syarat-syarat tersebut ialah bagi kenderaan yang mencapai had usia maksimum dalam tempoh bermula 1 Januari 2023; semua kenderaan yang akan diberi kelulusan tersebut mematuhi dan melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib PUSPAKOM dan mematuhi syarat operasi lain yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri ini terjamin.
Dengan pengumuman ini, APAD berharap pemain industri teksi dan e-hailing dapat meningkatkan mutu perkhidmatan seterusnya menjadikan perkhidmatan ini sebagai mod pilihan rakyat yang diyakini dan berkualiti. – MalaysiaGazette