Belon China yang disyaki menjadi pengintip di tembak jatuh oleh tentera Amerika Syarikat pada Februari lalu.

WASHINGTON – Belon China yang terbang di ruang udara Amerika Syarikat (AS) awal tahun ini berjaya mengumpulkan risikan dari pangkalan tentera selama beberapa hari sebelum ia ditembak jatuh, lapor media AS.

Belon itu dapat menghantar data ke Beijing dalam masa nyata, lapor NBC News yang memetik seorang pentadbir AS.

Ia mengambil isyarat elektronik berbanding gambar.

Setakat ini White House belum memberi sebarang kenyataan.

Pentadbir itu mendakwa, pihaknya berjaya mengehadkan kebolehan belon itu mengumpul risikan ketika ia terapung di seluruh negara.

Jurucakap Jabatan Pertahanan berkata, Biro Risikan Persekutuan (FBI) masih meneliti serpihan belon.

Pegawai AS berkata, mereka menjejaki belon itu dari ruang udara Alaska dan Kanada sebelum ia memasuki semula ruang udara Amerika pada awal Februari.

Belon itu kemudian ditembak jatuh oleh jet pejuang AS ketika berada pada ketinggian kira-kira 200 kaki (60m) – di luar pantai Carolina Selatan pada 4 Februari lalu.

China pula mendakwa belon itu adalah pemantau cuaca dan AS bertindak keterlaluan apabila menembak jatuh.

Insiden itu mencetuskan perbalahan diplomatik dan menyebabkan Setiausaha Negara AS, Antony Blinked membatalkan perjalanan ke China.

Dalam beberapa minggu selepas belon itu ditembak jatuh, jet pejuang AS menembak jatuh beberapa belon lain yang mereka disyaki berasal dari China. – Agensi