KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai penetapan tarikh hari raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/ 2023M yang mendakwa dikeluarkan oleh jabatan ini.

“Semua pihak dinasihatkan supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh Hari Raya di negara ini yang dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja,” tegas Jakim dalam satu kenyataan hari ini.

Jabatan itu mengulas tular tangkap layar kalendar Islam penetapan tarikh bagi Hari Raya bagi negara ini.

Ia mencatatkan hari akhir Ramadan 1444H pada 20 April manakala 1 Syawal pada 21 April.

Tarikh tersebut berbeza dengan jangkaan 1 Syawal tahun ini jatuh pada 22 April (Sabtu).

Jakim dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan cerapan Hilal Syawal tahun ini petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023. – MalaysiaGazette