KUALA LUMPUR – Semua harga runcit produk petroleum kekal bagi tempoh 6 April 2023 hingga 12 April 2023, kata Kementerian Kewangan.
Sepanjang tempoh itu, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter serta RON95 dan diesel juga kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter.
“Kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – MalaysiaGazette