PUTRAJAYA – Jualan Agro Rahmah antara salah satu inisiatif kerajaan untuk memastikan harga barang terkawal susulan peranan orang tengah yang mengaut keuntungan dapat dielakkan khususnya menjelang musim perayaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, harga barang dapat dikawal apabila kerajaan sendiri membawa hasil ladang terus kepada pengguna dan langkah ini akan diperluaskan di kementerian lain.
“Setakat ini caranya ialah macam kita buat pasar tani atau projek seperti ini yang disediakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengawal harga barang.
“Ini menunjukkan kalau kita bawa hasil itu dari ladang terus ke pasar harga itu jauh lebih rendah.
“Ada barang-barang yang kita import itu tak dapat kita kawal, tapi hasil dalam negeri boleh dikawal,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Jualan Agro Rahmah di sini, hari ini.
Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali.
Tambah beliau, sekiranya orang tengah tidak mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan berlipat ganda, kenaikan harga barang di pasaran dapat dikekang.
“Orang tengah menyebabkan harga itu meningkat, itu teori lama, zaman Tengku Aziz sejak 1960-an lagi
“Kalau kita dapat kurangkan peranan orang tengah, ada pun orang tengah mengambil keuntungan yang berpatutan, makan harga boleh dikawal,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Welanon Hoi Hoi Ya Hoi putar-putar ligat nampak….
rehat-rehat le sikit hormati bulan Ramadan
hasil tempatan tu cukup ke bekalan??