Menteri Komunikasi Digital merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Fadzil bercakap kepada media selepas Majlis Cahaya Ramadan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 09 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Keberadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Lembaga Pengampunan  termaktub dalam Perlembagaan, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil.

Menteri Komunikasi dan Digital itu berkata, keberadaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam lembaga berkeanaan bukan atas kapasiti peribadi beliau sebagai Perdana Menteri tetapi portfolio Anwar menjaga Wilayah Persekutuan.

“Ada yang menimbulkan persoalan keberadaan PM dalam Lembaga Pengampunan tersebut tapi kita rujuk perkara 42 (11) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bagi Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) yang memutuskan Yang Di-pertuan Agong (YDPA) tapi seorang menteri.

“Kalau di negeri lain yang mewakili Menteri Besar atau Ketua Menteri tapi Wilayah Persekutuan ditugaskan untuk persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) yang bertanggungjawab keatas wilayah-wilayah persekutuan.

“Dalam konteks sekarang adalah PM sendiri, bukan beliau ingin tapi termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada media selepas menghadiri program Cahaya Ramadan anjuran Yayasan TM di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi petang tadi.

Ahmad Fahmi berkata demikian sebagai respon kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang ingin memohon ihsan YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.

Jelas Ahmad Fahmi lagi, sesiapa sahaja yang ingin mengemukakan permohonan pengampunan diraja boleh berbuat demikian berlandaskan undang-undang dan Perlembangaan Persekutuan.

“Mereka (UMNO) akan masuk permohonan, ada prosesnya, kita berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan dan juga apa-apa konvensyen sedia ada.

“Saya percaya kalau kita lihat Perkara 42 (1) beri kuasa penuh kepada YDPA untuk memutuskan dalam apa-apa keadaan, ada hukuman samada meluluskan atau mengurangkan hukuman, itu memang termaktub dalam Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Semalan, Anwar mengakui beliau berada dalam Lembaga Pengampunan dan tidak timbul konflik kepentingan dalam hal itu kerana ada proses yang perlu diikuti dan keputusan akhir adalah di bawah kuasa YDPA.

Ini kerana Anwar bukan berada dalam lembaga berkenaan atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri tetapi bagi menjaga portfolio Menteri Wilayah Persekutuan.

Di bawah Perkara 42(5) Lembaga Pengampunan membabitkan Peguam Negara, Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab (Perkara 42(11) dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang dilantik oleh Agong.

Menurut Perlembagaan, Lembaga Pengampunan perlu dianggotai Peguam Negara atau wakilnya Menteri Besar atau Ketua Menteri atau Menteri Wilayah Persekutuan, dan tidak lebih tiga anggota lain yang dilantik lembaga itu dipengerusikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ahmad Fahmi ni ada bijak sikit dari lelain Welanon dan PENGUPAS Politics dan Perlembagaan oleh Pensyarah serta penganalisis lain.
    Kenyataan dia JELAS MUDAH DIFAHAMI…
    MKT ..NO ..NO tu macam Bijak tapi bawa penyokong yang kelaut akalnya.
    Hantar lah PERMOHONAN ampunkan PENJENAYAH ikut saluran..
    bila Fahmi bersuara nampak bodo-bodo je ..NO ..NO tu buat kerja

Comments are closed.