Kredit: Anadolu Agency

JERUSALEM – Pendatang Yahudi menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur sambil dikawal ketat polis Israel pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Anggota polis mula dikerah mengelilingi Masjid Qibla dan tidak membenarkan rakyat Palestin yang berada di dalam masjid untuk keluar.

Pendatang Yahudi kemudiannya diberi kawalan keselamatan ketat ketika memasuki Masjid Al-Aqsa.

Terdahulu, polis Israel tidak membenarkan golongan belia Palestin memasuki kompleks Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat Subuh.

Warga Palestin yang tidak dibenarkan masuk menunaikan solat subuh di luar masjid.

Ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin selepas tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan mengusir jemaah secara paksa pada Selasa dan Rabu.- BERNAMA-ANADOLU

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast