Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil

KUALA LUMPUR – Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang gagal kembali sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO selepas kalah pada pemilihan parti dilantik sebagai Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA).

Shahrizat, 70, memberitahu, HAWA adalah majlis yang ditubuhkan di bawah Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas kepercayaan yang diberikan itu.

“Segala nya ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang Allah tentukan segalanya. Yang terbaik dan terindah.

“InsyaAllah saya akan jalankan tugas dengan sebaiknya setelah dapat mendengar visi Presiden UMNO untuk Wanita dan keluarga di bawah naungan MKT di pejabat YAB di Parlimen tempoh hari.

Foto Instagram Shahrizat Jalil.

“Saya paling bahagia bila diminta kita pemimpin UMNO terutama Wanita berganding tangan dengan masyarakat sivil dan NGO dan pelbagai lain demi kebaikan wanita dan keluarga,” tulisnya di Instagram.

Bulan lalu, percubaan Shahrizat untuk kembali menerajui Wanita UMNO selepas menyepi hampir lima tahun tidak berjaya apabila perwakilan memilih mengekalkan gandingan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Datuk Norliza Abdul Rahim.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini bersara daripada politik pada 2018 selepas 11 tahun menerajui pergerakan berkenaan. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast