royalti petroleum
Mohammad Agus Yusoff

KUALA LUMPUR – Video seorang YouTuber dengan tajuk ‘Nak bodek China pun agak-agaklah Bang Non!’ sangat berbahaya dan memerlukan penjelasan.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, pengendali YouTube berkenaan cuba mensensaikan isu tuntutan China terhadap wilayah Malaysia di Laut China selatan.

“Video ini mengecam Perdana Menteri sebagai individu yang ‘membodek China seolah-olah tak ingat dunia’ ekoran kenyataan Perdana Menteri yang mahu berunding dengan China mengenai pertindihan cari gali petroleum di kawasan ZEE oleh Petronas.

“Kenyataan Perdana Menteri bukan mengiktiraf kawasan ZEE itu milik China tetapi mempertahankan kawasan itu sebagai kawasan milik negara kita di meja rundingan.

“Perdana Menteri menyuarakan hal tersebut kepada kerajaan China setelah China juga menyatakan mereka menuntut kawasan yang sama,” kata Mohammad Agus.

Ketua Pengarah J-KOM tersebut berkata, berikutan penyiaran video berkenaan muncul komen yang beremosi yang mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Antaranya, ‘Anwar bukan tau apa pun dia ni lapaq nak jadi perdana menteri ja.

“PMX letak jawatan, anda bukan pelindung negara! Kita kena bertindak sekarang sebelum nasi jadi bubur. Tak mustahil negara pun dia akan jual jika dia tersepit,” kata beliau.

Mohammad Agus menegaskan rundingan dengan China amat penting bagi menyelesaikan isu tersebut secara aman dan konstruktif lebih-lebih lagi negara itu merupakan antara kuasa besar dunia.

Beliau mendakwa, kenyataan Perdana Menteri mengenai rundingan dengan China berkaitan tuntutan di Laut China Selatan telah dimanipulasi oleh pembangkang sebagai menjual kedaulatan negara.

Pembangkang juga menggunakan isu itu untuk menyerang Perdana Menteri dengan mengatakan kenyataan yang dikeluarkan Anwar sebagai suatu tindakan yang mengguriskan hati rakyat.

“Dua nasihat saya. Pertama, jika pun kita berbeza politik kepartian, janganlah bermain dengan isu kedaulatan negara. Menuduh PM hendak menjual kedaulatan negara adalah tidak bertanggungjawab, tidak beretika, dan tidak bermoral.

“Kedua, berpolitiklah dengan fakta. PM dan semua kita mahukan yang terbaik untuk negara. Tidak puas hati dengan keputusan PM, tegur dan kritiklah secara berhemah.

Tambah beliau dalam kehidupan bernegara tanggungjawab utama rakyat adalah membawa naratif yang betul kepada masyarakat dan bersama-sama menjaga kedaulatan.

Anwar telah beberapa kali menegaskan tidak akan bertolak ansur berhubung isu perairan Laut China Selatan yang kini menjadi pertikaian dengan China.

Beliau turut menyifatkan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai individu bermasalah dan tidak meneliti kenyataan yang dikeluarkan beliau.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan yang cuai berhubung kedualatan negara di Laut China Selatan.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Bodek sokongan undi rakyat Komunis dengan cara beri hak warganegara tempatan kepada tentera Tanah Besar Cina aka tentera PKM letak senjata dan bukannya letak ideology Komunis sejak September 1988 dan kini bodek Ah Long Komunis dah menjerat 22 negara masuk perangkap hutangnya kena bayar faedah bunga riba atau menang sorak kampung tergadai lagi sepertimana tergadainya Singapore dan Penang politikus Pak Pandir ooii!

  2. lihat dah video viral tu…
    ada DUA makna berbeza seperti langit dan bumi atau JAHAT dan BAIK.
    PMX #ucapayat “BERTINDIH”
    Mat Hasan kata #JANGANKATABERTINDIH #ituadalahSALAH
    Mat Hasan tak bodek yer…
    PASTI Welanon atau upahan suaranya akan memarahi rakyat Malaysia yang tidak faham dan gagal membaca halatuju ~~ HARAPAN~~ (pinjam sket ayat Raja Formula)

Comments are closed.