Keadaan mangsa yang tersepit selepas kereta Perodua Myvi dipandu terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) menghala ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, tengahari tadi. Foto: ihsan JBPM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki hampir menemui ajal apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) menghala ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, tengahari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 12.32 tengahari.

Katanya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi dan Bandar Tun Razak digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat itu.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati berlaku
kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta Produa Myvi dan sebuah lori.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa berbangsa Melayu telah tersepit di bahagian pemandu kereta Myv’,” demikian menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, mangsa yang tidak diketahui identiti itu mengalami patah tangan kiri dan dia berjaya dikeluarkan pada pukul 1.11 petang.

Mangsa kemudiannya dihantar menggunakan ambulans ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Cheras untuk mendapatkan rawatan. – MalaysiaGazette