Azlan Man

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man akan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini esok atas lima pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Azlan, 64, akan berdepan pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam jemputan media hari ini memaklumkan pihaknya telah mendapat izin untuk mendakwa seorang bekas Menteri Besar esok.

Semalam, Azlan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan berkaitan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti seberang laut berjumlah lebih RM1.18 juta antara 2013 dan 2017.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib memohon Mahkamah Sesyen Kangar semalam supaya menetapkan tarikh sebutan kes dalam tempoh sebulan ini memandangkan Azlan turut dijangka berhadapan dengan lima pertuduhan di bawah AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Azlan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh pada 2013 hingga 2018, sebelum memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lepas, sebelum tewas pada PRU15.

Beliau yang merupakan Menteri Besar Perlis dari 2013 ke 2022 turut gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar pada pemilihan parti itu, baru-baru ini. – BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

Azlan Man didakwa kemukakan tuntutan palsu RM1.18 juta

 

2 Komen

  1. SPRM buat kerja dan siasatan mesti ada bukti kesalahan dengan betul.
    rakyat terlihat seperti SPRM kurang bidang siasatan professional.
    Ambil dan jadikan Kes Zahid Hamidi sebagai rumusan..
    cari bukti dokumen sahih saksi sahih gunakan masa yang sesuai hingga sempurna.
    jangan “TERULANG” Kes sedang dibicara dikaji semula “KEPERLUAN” untuk dinyahkan.
    jangan bazir Wang Rakyat.
    pelihara kepakaran dan ketelusan siasatan membasmi PENJENAYAH yang merosakkan.
    Pendakwaan yang LAYAK bukan PILIHAN yang LAYAK

  2. Ambil kes penyamun Muhyidin sebagai asas…bukti terang dan jelas baru dakwa…mmg jelas menyamun baru proceed..

Comments are closed.