Pemangku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil, Maritim Malaysia, Datin Norazlita Hamali menyampaikan bingkisan raya kepada Leftenan Komander Maritim. Saifuddin Jamaluddin selaku wakil Petugas Pusat Operasi Maritim (POMAR).
Pemangku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil, Maritim Malaysia, Datin Norazlita Hamali menyampaikan bingkisan raya kepada Leftenan Komander Maritim, Saifuddin Jamaluddin selaku wakil Petugas Pusat Operasi Maritim (POMAR).

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengagihkan sejumlah 2,800 bingkisan raya untuk diagihkan kepada pegawai dan kakitangan agensi ini yang akan bertugas pada Syawal, kelak.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang kini memangku sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, sumbangan ini disediakan sebagai menzahirkan sokongan moral kepada warga agensi tersebut yang akan bertugas pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Mengenangkan keadaan inilah, Ibu Pejabat melalui PUSPANITA Cawangan Kecil Maritim Malaysia mengambil inisiatif menghulurkan bingkisan raya kepada warga Maritim Malaysia yang akan bertugas menjaga perairan negara menjelang Syawal nanti,” katanya dalam upacara penyerahan bingkisan raya Maritim.

Bingkisan tersebut diperuntukkan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil Maritim Malaysia.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd Amin serta Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Khairul Anwar Bachok.

Kesemua bingkisan raya itu akan diserahkan kepada 11 Maritim Negeri merangkumi 15 Zon Maritim dan semua Pusat Operasi Maritim dan Maritime Rescue Co-ordinating Centre (MRCC) di seluruh negara. – MalaysiaGazette