KUANTAN – 50 anak golongan rentan di Kuantan mendapat duit raya sebanyak RM100 seorang dari Menteri Besar Pahang,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pengerusi Dapur Infaq Ummah, Badrul Kamili Kamaruddin berkata, pada tahun ini mereka juga dapat menghadiri sambutan majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Pahang dan pimpinan exco.

“Setiap anak mendapat duit raya RM100, dan juga sepasang baju raya, mereka sangat bersyukur.

“Selain itu, juadah berbuka puasa selama sebulan ditaja ditaja oleh Yayasan Pahang,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut Badrul, kanak-kanak itu juga mengimarahkan surau Hidayah di Long Wong Ah Jang dengan aktiviti ibadah seperti mengaji selain membuat kerja sekolah.

“Mereka berjemaah dan aktif beraktiviti di surau serta menjadikan surau sebagai pusat aktiviti masyarakat di situ,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN :

Kuantan diiktiraf WHO kerana bantu golongan rentan – MB

Yayasan Pahang beli dua bangunan khas untuk komuniti rentan

Anak golongan rentan belajar mengaji tepi jalan

Golongan rentan tanam 2,000 pokok cili bara

Dapur Infaq agih sebungkus nasi buat golongan rentan

50 anak golongan rentan itu antara yang diraikan bersama 293 penerima duit raya pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Ramadan Yayasan Pahang, semalam.

Sementara itu, Wan Rosdy menyifatkan pembelian dua buah bangunan berjumlah RM1.8 juta untuk membangunkan komuniti rentan di Jalan Wong Ah Jang merupakan langkah tepat dalam membantu kehidupan mereka.

Katanya, bangunan itu digunakan untuk belajar agama dan pelbagai aktiviti untuk pembangunan rohani dan jasmani,  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast