PPDA Bukit Angin mengusung mayat lelaki lemas di Sungai Semantan, Temerloh hari ini

KUANTAN – Mayat seorang lelaki pesakit mental yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Keroyong, Mentakab sebelum subuh  telah ditemui tengah hari tadi 12.22 tengah hari tadi Sungai Semantan, dekat Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Moh Yusoff berkata, mangsa berusia 30 tahun itu ditemui pada kedalaman 4.3 meter sejauh kira-kira lima meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

Menurut Azhar, penduduk kampung dan saksi memaklumkan ketika kejadian mangsa tidak berbaju dan cuba melakukan aktiviti pecah rumah namun gagal sebelum terjun ke dalam sungai.

“Ada seorang lelaki tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek cuba memasuki rumah penduduk tetapi berjaya dihalang.

“Kemudian lelaki tersebut melarikan diri dan  beberapa orang saksi nampak lelaki tersebut terjun ke dalam sungai.” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Mohd Azhar berkata, abang mangsa memaklumkan, adiknya baru dua minggu datang dari Kelantan dan merupakan seorang pesakit mental dan terlibat dengan penagihan dadah.

“Sebelum kejadian, jam lebih kurang 2 pagi, abangnya telah mencari di sekitar kampung kerana adiknya belum pulang.

“Menurutnya lagi, adiknya hanya memakai seluar pendek pada waktu malam,” tambahnya.

Operasi mencari menyelamat bagi mengesan mangsa dimulakan jam 8.30 pagi tadi dengan bantuan 15 anggota bomba, enam anggota polis dan 15 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggunakan tiga buah bot.

Mayat mangsa ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin telah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHSAS) Temerloh untuk dibedah siasat. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast