The contributors of the Employees Provident Fund (EPF) queuing up to update their personal information and opening I-Account at the EPF Headquarters of Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. PIX: MUHD NA'IM / MalaysiaGazette / 01 APRIL 2022.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyeru agar dasar pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikaji semula, dengan mengambil kira umur persaraan minimum semasa Malaysia iaitu 60 tahun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pengeluaran satu pertiga daripada simpanan KWSP untuk ahli yang telah mencapai umur 50 tahun dan pengeluaran penuh pada usia 55 tahun diperkenalkan apabila umur persaraan adalah 55 tahun.

“Pada Julai 2013, kerajaan menaikkan umur persaraan kepada 60 tahun tetapi dasar pengeluaran untuk umur 50 dan 55 tahun kekal. Dasar sedemikian membawa kepada dakwaan bahawa pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi apabila mereka bersara pada usia 60 tahun,” katanya.

Beliau berkata,  program berkaitan COVID-19 telah menjejaskan simpanan ahli KWSP sekitar RM145 bilion.

“Penting bagi ahli KWSP untuk membina semula simpanan persaraan mereka dan MEF menyokong penuh keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pengeluaran seterusnya daripada simpanan KWSP yang bertujuan untuk hari tua,” katanya.

Bagaimanapun, Syed Hussain berkata, bahawa MEF yakin bahawa tiada krisis masalah tunai dalam KWSP kerana dana persaraan itu kekal kukuh dari segi kewangan walaupun empat pengeluaran khas berkaitan wabak COVID-19 telah dilaksanakan.

Beliau berkata,  bahawa walaupun prestasi pasaran ekuiti yang lemah pada 2022, strategi kepelbagaian KWSP merentasi pelbagai sektor dan geografi berkesan dalam memastikan pulangan yang munasabah ke atas pelaburannya.

3 Komen

  1. MEF cuma mementingkan pihak majikan saja yang tidak mengambil berat tentang kebajikan pekerja2.Ramai pekerja yg bergaji tinggi diseksa dan terpaksa buat kerja untuk beberapa orang dan tidak boleh bercuti pun dalam setahun Oleh yg demikian ramai orang yg berhenti sebelum 60 tahun dan saya salah seorang yg ditindas dan tidak dilayani secara adil walaupun saya bekerja 365 hari tanpa cuti.company yang saya kerja adalah Hanson quarry products SDN BHD.Tahukan MEF bahawa company besar sentiasa menggunakan macam2 cara memaksa staff yg bergaji tinggi berhenti awal .? kalau dasar pengeluaran diubah dari 55 ke 60 tahun mana kita ada wang untuk teruskan kehidupan kita..?

  2. Gaji saya naik sikit demi sedikit dan pangkat pun naik sepanjang 25 tahun saya bekerja di company ini.dari pangkat supervisor sampai pengurus Bila gaji saya dah tinggi berbanding mahasiswa (rm 2500) maka company tak kisah apa sumbangan dan pengorbanan saya.semua kawan2 pun tahu saya sepatutnya dapat pangkat yg lebih tinggi dan dihargai oleh company.Namun saya terpaksa berhenti walaupun ramai kawan sekerja menasihati supaya bersabar.Demi untuk kurangkan kos company menggunakan berbagai cara sampai saya terpaksa berhenti.tidak ada exit interview dibuat sebab company tak mahu pihak atasan tahu masalah salahguna kuasa Orang yg pangkat tinggi boleh terus enjoy kerja dan sambung kontrak selepas umur 60 tahun

  3. selama 25 tahun saya berkerja dan tak pernah pun bawa family ke luar negara walaupun saya ada wang.Tak ada satu orang pun dalam Hanson bekerja seperti saya.bila ekonomi kurang baik semasa pandemik COVID-19 manager yang bergaji tinggi dipaksa berbuat kerja Superman yg sememangnya terlampau dan kita tak ada saluran untuk sampaikan masalah kepada CEO pun.Bila saya berhenti betapa gembiranya pihak HR manager Dan bos saya sebab mereka boleh kurangkan kos.Jadi MEF kena faham ramai yang tidak dapat bekerja sampai umur 60 tahun terutama mereka yang bergaji tinggi.saya terpaksa buat komen disini sebab saya sendiri pun mahu bekerja selepas berumur 60 tahun dicompany ini sebab saya orang kuat Dr fizikal dan mental tapi terpaksa berhenti dipermainkan oleh pihak pengurusan.Dasar pengeluaran dinaikkan ke umur 60 akan menimbulkan masalah kepada mereka yang bersara awal sebelum umur 60.ini kisah benar apa yang berlaku pada seorang yg rajin dan bertanggungjawab serta banyak membuat sumbangan kepada company Hanson M’sia.Ini pula kesudahan riwayat tamat sebegini rupanya.orang yang makan wang(pangkat tinggi) masih menikmati gaji yg tinggi dan wang komisen dari suppliers.orang yg jujur dan tak makan wang pula tak dihargai.Tau tak MEF..?
    .

Comments are closed.