penjara
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam serbuan di kementerian itu pagi tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan suspek telah menubuhkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing untuk mendapatkan kelulusan kementerian berkenaan walaupun terdapat konflik kepentingan.

Difahamkan terdapat individu lain yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu. – Bernama

1 Komen

  1. Kes siasatan membuang masa dan Wang Rakyat… lepas gitu sahaja la jawabnya. cuma dapatlah credit konon buat kerja bebetul.
    buat declaration… dia hanya tubuh syarikat dan “mungkin memohon” menjadi agent berdaftar. rakyat tidak melihat jenayah disitu.
    sekiranya dia memaksa pegawai Kementerian mengutamakan kepentingan syarikat dia maka yang perlu didakwa PEGAWAI KEMENTERIAN menyalahguna KUASA.
    selesaikan nama-nama senarai atas Kes LCS tu … jangan buat buat Garu Kepala nak tunggu PRU bertukar BARU TERNAMPAK..

Comments are closed.