Datuk Zaid Ibrahim

PETALING JAYA – Pengampunan seseorang banduan memang mencetuskan kontroversi, bukan sahaja di Malaysia, malah negara di seluruh dunia sekali pun, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun, di kebanyakan negara luar, rakyatnya tidak menentang, apatah lagi membantah keputusan pengampunan yang dibuat oleh presiden, ketua negara mahupun ratu negara mereka.

Beliau memberi contoh tiga ketua negara luar iaitu Indonesia, Amerika Syarikat dan England yang memberi pengampunan kepada kumpulan pengedar dadah terbesar negara itu, penjenayah menjual rahsia kerajaan dan penjenayah seksual.

Katanya, rakyat di tiga negara itu tidak membantah, sebaliknya menyambut baik dan menerima apa sahaja keputusan itu kerana beranggapan ketua negara mereka tahu apa yang dilakukannya.

“Ini berbeza dengan rakyat Malaysia. Belum apa-apa lagi sudah buat keputusan sendiri, jangan beri pengampunan misalnya kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malah, ada yang dari awal lagi membuat kesimpulan sendiri seolah-olah mereka lebih tahu daripada Yang di-Pertuan Agong atau kerajaan dengan membuat pelbagai alasan mengapa pengampunan tidak patut diberikan.

“Ada yang kata bekas perdana menteri itu telah membuatkan wang negara hilang ratusan juta bilion dan perlu dikekalkan penjara,” katanya menerusi hantaran rakaman video dalam Facebooknya, hari ini.

Zaid juga turut mengingatkan kepada pihak yang membantah pengampunan itu bahawa untuk memenjarakan sesiapa sahaja, individu itu mesti melalui proses perundangan yang betul dan adil.

“Kalau tertuduh memerlukan peguam, mereka mesti diberikan hak guaman. Ini adalah perkara pokok. Kalau kita buat keputusan (menjatuhkan hukuman) kerana pandangan kita sahaja, itu bukan mengikut perundangan.

“Ada juga mengatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu masuk campur konflik kepentingan Hakim Datuk Mohd Nazlan Ghazali. Tetapi, kalau SPRM tidak wajar, siapa yang wajar siasat?

“Orang yang sepatutnya buat siasatan, buatlah siasatan. Kenapa nak marahkan SPRM pula. Kamu buatlah, tak ada siapa nak larang,” katanya.

Beliau menjelaskan, undang-undang ada mengatakan, jika hakim yang menghakimi sesuatu kes itu ada kepentingan dan bercanggah dengan kes berkenaan, maka beliau tidak layak menjadi hakim.

Tegasnya, apakah prinsip itu tidak perlu dipedulikan?. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Zaid ni Arif Undang-undang dan Perlembagaan ke?
    Daripada sembang kosong macam cukup CERDIK membandingkan Negara luar lebih baik mendidik rakyat Malaysia dengan cara memperincikan
    1) AHLI-AHLI LEMBAGA PENGAMPUNAN dan sebut nama Individu terkini.
    2) KUASA sokongan Ahli Lembaga Pengampunan.
    3) Sebab perlunya PENJENAYAH diampun YDPA.
    4) Kelayakan utama PENJENAYAH dipilih Ahli Lembaga.
    bukan banyak pun pencerahan perlu diberi… EMPAT je..
    pendidikan seperti ini tidak pernah terfikir oleh pembangang yang menunjuk-nunjuk macam CERDIK. kemudian menyalahkan lebih 2/3 rakyat menentang

    • jgn bodoh sgt. zaid pernah menjawat jawatab menteri undang² dan antara lawyer terbaik di malaysia. rakyat yang percaya bahawa wang dinegara dirompak adalah rakyat yang mudah diperbodohkan dan dilembukan oleh pihak berkepentingan. tidak ada satu sen pun wang negara dirompakcuma rakyat dimomokkan dengan fitnah oleh pihak yang busuk hati. man amungkin seorang perompak memberi berbagai kemudahan dan kesenangan kepada orang yang telah dirompak. hidup biar berakal jgn hanya berotak sebab jika hanya berotak ibarat seekor bintang yng hnaya mempunyai otak tapi tidak berakal.

      • Pjan harap baca dgn teliti…
        sebab menegur tanpa mendidik itu moralnya.. ada ke pengamal Undang-undang dan penganalisis Perlembagaan memberi pencerahan detail dimedia ini mengelakkan kekeliruan?
        binatang tu memang ada otak tapi Pjan berakal ke untuk subject ini?

    • dr mula ayat dah mmg nampak mcm org x berakal..dah tentu2 zaid tu pengamal undang² dan pernah menjawat jawatan menteri penuh undang². sebaiknya cuba tanya apa kelayakan si ambiga yang asyik memutar belitkan hal ehwal undang² kepada rakyat. diam seribu bahasa bila kena pada si tommy thomas to melalak bila hal² yang membabitkan org yang bukan disebelahnya khasnya DSN. bijak ke org mcm tu? sepatutnya org² mcm ambiga dan sekutunga di tanyakan soalan tersebut sebab asyik memperbodohkan org awam.

  2. Hatsbenross ni pakar undang undang ke sama level mcm zaid dan syafee. Sehebat Azalina Othman Said juga ke? Kalau setakat baca suratkhabar dan majalah Nona tak usah sibuk pasal isu pengampunan dsnr dan hak hak YDPA . Elok berniaga bazar ramadhan saja. Biar orang yang arif buat kerja. Tak payah sibuk sibuk mempertikaikan kepakaran orang kain

Comments are closed.