Loo Yuit Mei

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan saksi kes pecah amanah melibatkan pekerja Kondominium O.G Height.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Abdul Shukor berkata, saksi adalah seorang wanita bernama Loo Yuit Mei, 66 tahun.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan saksi tersebut di atas diminta hadir ke Balai Polis yang berdekatan untuk memberi keterangan atau menghubungi Insp Isma Hassif Bin Ismail di talian 011-16253955,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Amihizam menyeru masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekualasi berkaitan kes tersebut.

Perbadanan Pengurusan Kondominium OG Heights sebelum ini pernah cuba mengesan kakitangannya yang menghilang diri sejak September 2020 selepas didakwa melarikan wang pengurusan membabitkan lebih setengah juta ringgit.

Siasatan awal polis mendapati pekerja berkenaan, seorang wanita mengeluarkan resit penyelenggaraan penduduk yang berbeza dengan jumlah kemasukan wang kutipan ke dalam akaun syarikat sejak Julai 2016 sehingga September 2020.- MalaysiaGazette