perpaduan
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kunci kepada perpaduan kaum yang dikecapi selama ini adalah saling menghormati, yang menjadi salah satu unsur penting dalam membangunkan Malaysia Madani.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan akan berusaha memelihara negara dan rakyat daripada terjerumus ke dalam kancah konflik perkauman sempit serta meletakkan noktah terhadap usaha pihak yang menggunakan politik identiti untuk memecahbelahkan masyarakat.

“Bersempena dengan sambutan Hari Songkran ini, saya menyeru kepada seluruh masyarakat keturunan Siam, marilah bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang lain untuk kita bersatu hati serta berkongsi tujuan dan tekad, mengekalkan perpaduan dan kerjasama bagi membangunkan negara.

“Dengan itu, kita akan sama-sama membawa Malaysia menuju sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera,” katanya dalam perutusan sempena Hari Songkran yang dikongsi dalam laman Facebook rasminya, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast