V. Sivakumar.

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dan kementeriannya bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya diperlukan dalam siasatan membabitkan seorang pegawainya.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut kerana ia masih dalam siasatan SPRM.

“Justeru, saya berharap pihak media tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi yang boleh menjejaskan mana-mana pihak sehingga agensi siasatan yang berkenaan selesai,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan kepada Sivakumar dalam serbuan di Kementerian Sumber Manusia (KSM) pagi tadi.

Penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan suspek telah menubuhkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing untuk mendapatkan kelulusan kementerian berkenaan walaupun terdapat konflik kepentingan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Pegawai Kanan ni post PTD atau LANTIKAN MENTERI?
    jika dia mendaftarkan kepada majikan maka itu legal. Jika dia buat keputusan KELULUSAN sah perlu ke penjara tapi jika dia berkecuali apa masalah konflik kepentingan sebab pastinya pegawai lain juga berwibawa tahu bidang KUASA.
    rakyat tertanya-tanya sebab Kes Rujuk seperti Speaker melantik anaknya sendiri sebagai pegawai urus (1) tapi gaji bapaknya bayar guna duit sendiri BUKAN DUIT songlap

Comments are closed.