KUALA LUMPUR – Tiga lelaki ditahan di Jalan Sungai Kandis, Shah Alam, Selangor semalam kerana disyaki mencuri kabel tembaga milik Telekom Malaysia Berhad (TM).
Ketua Polis Daerah Subang jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan kabel tembaga daripada Pembantu Pegawai Teknik TM ketika beliau membuat pemeriksaan kabel milik syarikat itu di Jln SS15/5G, Subang Jaya
Menurutnya, pengadu mendapati terdapat beberapa jenis kabel milik TM telah dipotong dan disyaki telah dicuri.
“Kabel berzaiz 0.4mm dan 0.5mm telah dipotong dan anggaran setiap kabel yang dipotong berukuran lebih kurang 250 meter. Di dalam kejadian tersebut, Syarikat TM mengalami kerugian lebih kurang RM15,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu, seorang warga India turut ditahan di sebuah sebuah premis barang lusuh di Subang Jaya, Selangor pada hari yang sama.
Wan Azlan berkata, hasil dari soal siasat, suspek yang berumur antara 20 hingga 35 tahun mengaku terlibat dengan kes itu dan juga kes-kes curi kabel di kawasan Subang Jaya.
Tambah beliau, tangkapan suspek membawa kepada rampasan beberapa peralatan yang digunakan untuk mencuri kabel
iaitu dua mesin leraian tembaga, peralatan memotong wayar, pembuka manhole dan satu guni berisi leraian tembaga seberat 350 kilogran dengan anggaran nilai tembaga sebanyak RM 11,000.
Selain itu, katanya, polis turut merampas dua buah kenderaan yang digunakan suspek.
Wan Azlan berkata, dengan tertangkapnnya suspek, sebanyak lapan kes dipercayai dapat diselesaikan.
Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda. – MalaysiaGazette