abdul rahman sebli
Abdul Rahman Sebli

KUALA LUMPUR – Penghakiman minoriti oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli dalam keputusan semakan kehakiman kes SRC International Sdn Bhd yang tidak memihak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mencetuskan tiga persoalan baharu.

Penganalisis politik, Ravindran Devagunam berkata, terdapat kemungkinan berlaku komplot yang dirancang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya yang bertajuk My Story: Justice in the Wilderness telah memperincikan bagaimana beliau dan Dr Mahathir terlibat dalam pemilihan hakim-hakim kanan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Buku Tommy membuktikan bahawa Dr Mahathir telah menggoncang asas sistem kehakiman negara agar mengikut kehendak beliau dan sekutu-sekutu politiknya.

“Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat Tommy dan Dr. Mahathir,” katanya.

Panel lima hakim yang bersidang di Mahkamah Persekutuan pada 31 Mac lalu yang dianggotai Abdul Rahman bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais menolak semakan tersebut dengan keputusan 4-1.

Abdul Rahman merupakan satu-satunya hakim yang menyokong permohonan semakan kehakiman Najib dalam dalam penghakiman minoritinya beliau berkata;”Keadilan bukan sahaja mengenai rasa bersalah atau tidak bersalah seseorang yang dituduh, beliau juga mesti mempunyai perbicaraan yang adil. Beliau juga mesti merasakan beliau mempunyai perbicaraan yang adil. Jika sistem itu tidak mampu, beliau tidak patut dibicarakan sama sekali.”

Selain itu, Ravindran berkata, integriti sistem kehakiman negara mula dipersoalkan ekoran terdapat dakwaan berlaku konflik kepentingan melibatkan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang memutuskan Najib bersalah ketika beliau menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau memberitahu, Mohd Nazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan tidak menarik diri walaupun pernah menjadi penasihat undang-undang sebuah bank yang mencadangkan penubuhan SRC International.

“Seperti yang dimaklumkan oleh Azalina di Dewan Rakyat pada 23 Februari lalu, kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan telah dikemukakan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat,” jelasnya.

Ravindran turut membayangkan kemungkinan terdapat campur tangan asing dalam kes SRC International di mana Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) enggan memberi kebenaran kepada pasukan pembelaan Najib untuk mendapatkan maklumat dalam kes bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng di mahkamah New York.

Menurut beliau, maklumat tersebut boleh memberi kesan positif bagi pasukan pembelaan dalam kes SRC International namun DOJ memberi alasan ia menyentuh aspek keselamatan negara.

“Pasukan pembelaan Najib tidak dapat merayu untuk mendapatkan maklumat tersebut dan Jabatan Peguam Negara juga seolah-olah tidak ingin meneruskan usaha itu agar Najib beroleh perbicaraan yang adil,” katanya.

Ravindran menambah, dua lagi perbicaraan di Amerika Syarikat (AS) melibatkan artis rap, Prakazrel ‘Pras’ Michel dan bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs, Tim Leissner juga mempunyai kesan terhadap kes Najib.

Beliau mempersoalkan mengapa Mohd Nazlan dalam penghakimannya meletakkan semua beban kesalahan ke atas Najib sedangkan jelas dalam dua kes di AS itu bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil menjadi dalangnya. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. Kenapa pertikaikan sebagai orang awam dan anda bukan ditempat PENILAIAN. Anda tidak tahu apa-apa hujahan Kes tersebut bagaimana anda mengulas?
    Sebagai contoh HASIL SAMUN TERBESAR SEJARAH DUNIA adalah 1MDB dan bagaimana anda TAHU LANUN NAJIB RAZAK bukan PEROMPAK TUNGGAL? yang menentukan adalah siasatan dan perbicaraan oleh agensi/institusi PROFESSIONAL.
    Kes ini agensi UTAMA adalah PDRM dibawa ke Mahkamah. Tuduhan bersifat JAHAT ini ditujukan khas keatas PDRM so Ketua Polis Negara jangan takut diugut.

    • ko lg komen..mcm laa ko tu di tempat penilaian..haaaa..tuduhan jahat apa jadahnya…dah sah2 penulis tu petik penghakiman Abdul Rahman Sebli..dan sah2 JK yg siasat mengesahkan Tun Mahathir dan Tommy Thomas campurtangan dlm perlantikan Maimon..apa benda tuduhan jahatnya?? walaun betul ko ni yer..

    • Apa punya kolom korte ko nii …kes sprm laa bangang …mana datang pdrm pulak…. dah berapa bayak ko telan kenching ph bahlol…. macam sial komen tak pakai otak..profesional.konon…atuk kau….

  2. Hakim Nazlansudah vacat apabila tidak kengambil fakta SPRM dan mengunakan khayalan keberangkalianya. Jika dia mengambil fakta SPRM nescaya Najib lepas. Mazlan buat bayak kesalahan dengan sengaja

  3. 1) DSNR tidak diberi ruang untuk mendspat keadilan dalam perbicaraan Kes SRC semua permohonan DSNR ditolak.
    KENAPA???
    2) Kenapa hakim Nazlan yg ada kepentingan di Maybank dalam.penubuhan SRC dilindungi serta dibenarkan mengadili perbicaraan kes SRC.
    3) Kenapa Tun Maimon serta Peguam Negara tidak mendakwa hakim Nazlan. Apakah mereka takut hakim Nazlan didapati bersalah..serta semuavtufuhan tethadap DSNR terbatal.
    Jelas lagi terang disini kenapa hakim Nazlan tidak didakwa kerana mereka takut DSNR terlepas dari semua pertuduhan SRC.

Comments are closed.