Hiasan lampu menjadi tarikan di Spritzer Ecopark sempena Aidilfitri.

 

KUALA LUMPUR – Spritzer EcoPark memulakan sambutan Hari Raya dengan tema “Raya, Mestilah Meriah!” dan mengalu-alukan semua pencinta alam semulajadi melawat sekitar kawasan hijau Spritzer seluas 390 ekar sambil berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, lampu raya telah dinyalakan dan hiasan perayaan yang bergaya moden sambil mengimbau kenangan sambutan “balik kampung” telahpun siap sedia di Spritzer EcoPark mulai sekarang hingga 22 Mei 2023 untuk mengalu-alukan pengunjung dari dekat dan jauh.

“Sempena cuti perayaan, pengunjung-pengunjung boleh meluangkan masa bersama orang tersayang dan mengambil gambar untuk kenang-kenangan,” kata Spritzer di sini hari ini.

Selain itu, selaras dengan inisiatif kemampanan Spritzer, botol kitar semula akan ditampilkan sebagai sebahagian daripada hiasan yang mengingatkan orang ramai bersama-sama menghargai alam semulajadi dan peranan pentingnya dalam kelestarian dan sumber air bersih.

Bagi meraikan suasana perayaan, dari 21 April hingga 30 April 2023, Spritzer EcoPark akan menyediakan aktiviti pedal kart, golf mini, kraf dengan mengunakan bahan kitar semula, gelembung gergasi serta makanan ringan dan minuman.

Acara kemuncak ialah pengenalan minuman baharu Sparkling Nanas Laici, resipi istimewa yang dicipta khas oleh Khairul Aming dan disokong oleh duta Spritzer dan artis tempatan Ayda Jebat dan Meerqeen.

Minuman baharu ini tersedia di Spritzer EcoPark sepanjang perayaan Hari Raya.

Selaras dengan kempen Spritzer Sparkling, setiap pembelian dua botol 1 liter Spritzer Sparkling akan mendapat dua sudu pengacau emas secara percuma.

Selain itu, promosi pek kombo dan produk Spritzer yang lain juga terdapat di Spritzer EcoPark. – MalaysiaGazette