Chegubard bercakap kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum kepada Bukit Aman mendesak laporan polis beliau terhadap Hannah disiasat dan diambil tindakan dengan segera.

KUALA LUMPUR – Chegubard atau Badrul Hisham Shaharin kes menyiasat terhadap laporan polis  yang dibuatnya terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkaitan Penganjuran Program Jom Ziarah ke Gereja pada Mac lalu.

Chegubard mendakwa, sudah 33 hari beliau membuat laporan ke atas Ahli Parlimen DAP Segambut itu namun tiada sebarang tindakan dari polis.

Katanya, pada 14 Mac lalu, Hannah telah membuat laporan polis ke atasnya atas dakwaan telah mengeluarkan fitnah ke atas beliau dalam isu Jom Ziarah ke Gereja yang sebaliknya apa yang dikongsikan dalam Facebook aktivis NGO itu adalah benar dan berfakta.

“Rentetan itu, saya segera membuat satu laporan polis terhadap pemimpin wanita itu pada 16 Mac lalu dan saya pada 18 Mac lalu telah dipanggil dan dirakam keterangan oleh pegawai penyiasat kes mengenai mengenai laporan polis itu atas status pengadu.

“Manakala pada 20 Mac lalu, saya dipanggil oleh pegawai penyiasat IPD Sentul untuk dirakam percakapan berkaitan laporan polis Hannah terhdap saya dan saya telah memberi kerjasama penuh membantu siasatan itu.

“Malangnya, apa yang saya kesal adalah sehingga hari ini sudah 33 hari berlalu tetapi polis sehingga kini tidak menyiasat dan mengambil keterangan daripada saya untuk laporan polis saya ke atas Hannah Yeoh yang menunduh saya mem,fitnah beliau,” katanya ketika ditemui di hadapan Bukit Aman hari ini.

Beliau hadir untuk menyerahkan memorandum  mendesak Bukit Aman menyiasat dan bertindak segera ke atas laporan polis yang dibuat ke atas Menteri Belia dan Sukan itu tanpa berat sebelah.

Dalam perkembangan itu, beliau kesal dan terkilan kerana polis masih belum menunjukkan sebarang kesungguhan mengambil dan menyiasat laporan polis itu.

Menurutnya, beliau sentiasa beranggapan baik dan mendakwa PDRM mungkin ditekan kuasa politik atasan untuk memanipulasikan kes tersebut sebagai cubaan menyelamatkan pemimpin wanita itu.

Dalam isu sama, Chegubard juga mempersoalkan tindakan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai yang didakwa mengeluarkan kenyataan kononnya Chegubard memfitnah dalam kes tersebut tanpa terlebih dahulu mengambil keterangan daripadanya.

“Maka, oleh demikian, saya mendedak polis Bukit Aman agar menyiasat kes ini secara tuntas dan keputusan hasil siasatan harus diumumkan secara terbuka kepada rakyat.

“Hannah juga fitnah seolah dia menjadi mangsa dan saya diperlihatkan sebagai ekstremis Islam dan Melayu yang anti agama lain.

“Untuk makluman saudara, saya tegaskan jika ada penganut Kristian, Buddha atau mana-mana agama yang dibenarkan dalam negara ini diancam hanya kerana dia mengamalkan agamanya mengikut lunas perundangan negara dengan hormati dan memahami kontrak sosial maka saya akan menjadi orang pertama mempertahankannya,” ujarnya.

“Walaupun program Jom Ziarah ke Gereja itu sudah dibatalkan 18 Mac lalu rentetan bantahan ramai dan Majlis Agama Islam Negeri namun jenayah tetap telah dilakukan sebelum itu manakala agensi yang dimaksudkan dalam kegiatan itu sudah dipadamkan dalam media sosial. Jika tidak bersalah kenapa perlu dipadamkan statusnya.

“Saya berharap PDRM berlaku berani menyiasat laporan polis saya dan mengenepikan tekanan kuasa atasan dalam perkara ini,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. ANWAR IBRAHIM dan juak-juak UMNO kata semua tiada kekebalan. Setiap report akan diambil tindakan. ANWAR NAJIB pun polis rembat. Apa beza polis dulu dan sekarang tak mungkin takut.
    lagu Hoi Hoi Yahoi hanya hiburan budak-budak lagi bermaruah dengan kekal lagu…. aku yang dahulu bukanlah yang sekarang….

  2. Negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait juga ada versi Kontrak Sosial yang menjamin dan mempertahankan hak asasi warganegara asal migran ekonomi adalah daripada negara-negara asal mereka masing-masing tanpa diberi hak warganegara tempatan dan bukan sebaliknya menang sorak kampung tergadai Singapore dan Penang termasuk ganti tanah rizab Melayu yang diduduki migran ekonomi dengan tanah gersang berpaya belukar politikus Pak Pandir ooiii!

Comments are closed.