Home Seni Hidup Kanak-kanak Taman Kencana dapat awal duit raya

Kanak-kanak Taman Kencana dapat awal duit raya

KUALA LUMPUR – Amalan beri duit raya semasa bulan Ramadan diteruskan di Taman Kencana.

Kali ini hampir 200 kanak-kanak di kawasan perumahan itu diraikan dengan pemberian duit raya selepas solat tarawih di Surau Nur Iman di sini kelmarin.

Sebahagian daripada kanak-kanak menerima duit raya sempena Majlis Iftar Perdana Surau Nur Iman di Kuala Lumpur kelmarin.

Pengerusi surau berkenaan, Suhaimi Arshad berkata, sambutan hari raya lebih bermakna kepada kanak-kanak dan pihaknya meneruskan amalan sedekah yang bermula sejak tahun lalu itu.

“Lagi pun, sedekah pada bulan Ramadan lebih digalakkan. Kali ini kami bermula dengan iftar perdana, solat Maghrib, Isyak dan tarawih sebelum majlis pemberian duit raya kepada kanak-kanak,” ujarnya.

Lagi pun, menurut Suhaimi, melalui amalan itu, penduduk dapat memberi duit raya kepada hampir semua kanak-kanak di taman berkenaan berbanding apabila hari raya kelak.

Ini kerana semasa raya ada antara mereka tidak bertemu kerana bercuti panjang dan sibuk dengan hal masing-masing.

Selain itu, pada majlis yang sama, pihak Surau Nur Iman turut memberi saguhati kepada petugas surau yang bertugas sepanjang Ramadan ini. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast