payung UMNO
Roslan Shahir Mohd Shahir

KUALA LUMPUR – Penyokong UMNO Selangor diseru supaya mengikuti langkah Tan Sri Noh Omar bernaung di bawah payung Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, UMNO Selangor ketika ini dipaksa berpeluk dengan musuh tradisinya iaitu Pakatan Harapan (PH) dan DAP di negeri itu.

Beliau mendakwa, ramai dalam kalangan mereka yang tidak dapat menelan dan menerima keputusan tersebut.

“Jika UMNO bukan lagi payung, kita cari dan berteduh di bawah payung lain yang lebih meyakinkan, jujur dan bersungguh-sungguh mahu berjuang serta mempertahankan hak dan kepentingan umat Melayu.

“Tinggalkan payung itu, ayuh PRN Selangor ini kita pakat berteduh bawah teduhan payung baharu PN. Patah tumbuh hilang berganti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Noh yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dilaporkan berkata, sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) terus merosot pada PRN yang dijangka diadakan pada tahun ini.

Menurut beliau, rakyat tidak percaya dengan prinsip parti itu yang sebelum ini sering mengungkapkan perkataan ‘No Anwar, No DAP’ sebaliknya menjalin kerjasama membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Roslan menambah, ramalan Noh itu tidak boleh diketepikan kerana beliau merupakan seorang tokoh yang lama berjuang dan berjasa terhadap UMNO.

“Tetapi bila Tan Sri Noh yang berkata UMNO bukan lagi payung orang Melayu, akurlah bahawa ia kenyataan seorang bekas tokoh pejuang UMNO yang kenal UMNO Selangor luar dan dalam,” jelasnya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Wow.. bernada wadah perjuangan bangsa dh keluar tiap2 minggu.. almaklumlah dh nk PRN..Abis PRN senyap balik la tu.

Comments are closed.