Credit : FB Istana Negara

KUALA LUMPUR – Istana Negara hari ini menafikan ada mengeluarkan kenyataan media berhubung isu integriti perkhidmatan awam seperti yang tular di media sosial hari ini.

Menerusi catatan di Facebook, Istana Negara memaklumkan pihaknya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Adalah dimaklumkan bahawa Istana Negara tidak mengeluarkan kenyataan media seperti yang dipaparkan dan yang telah tular di media sosial, hari ini.

“Orang ramai dinasihati agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut kenyataan palsu itu menerusi mana-mana platform media,” menurut catatan itu.- BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast