Gambar tular menunjukkan sebuah kedai menjual mercun terbakar di Bahau, Negeri Sembilan.

ALOR SETAR – Polis Kedah menafikan dakwaan sebuah kedai menjual mercun meletup dan terbakar di daerah ini seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Sebaliknya, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian itu berlaku di kawasan pentadbiran Balai Bahau, Negeri Sembilan

“Polis telah menerima laporan mengenai video dalam aplikasi TikTok penama Oh Bulan yang menularkan kejadian kedai menjual mercun meletup berhadapan sebuah kedai menjual telefon pintar di bandaraya ini pada jam 11.30 malam tadi.

“Hasil siasatan mendapati ia berlaku di Bahau bukan Alor Setar,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Shukri berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, 233 Akta Komunikasi Multimedia yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya atau denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kita ingin menasihati orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya memviralkan berita palsu yang akan menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam,” jelas beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Berita yg tidak disahkan begini yg selalu dijadikan HOAX oleh mereka yg ber IQ GORILA dan disiarkan tanpa memikirkan akibat kepada orang awam.

Comments are closed.