Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sidang media khas mengenai pengumuman perayaan Aidilfitri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 18 APRIL 2023.

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan satu hari cuti kelepasan am bagi memberikan ruang orang ramai membuat persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat maka cuti kelepasan am adalah pada Isnin (24 April).

“Walau bagaimanapun, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya pada sidang media di Perdana Putra, di sini, hari ini.

Pelaksanaan itu berdasarkan kepada Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Hadir pada sidang media itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPND), Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Menteri Pembangunan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast