prabayar internet
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Para pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, inisiatif tersebut disediakan secara kerjasama strategik antara kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

“Usaha kerajaan dan semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat ini selari dengan konsep Rahmah dalam meringankan kos sara hidup serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

“Diharapkan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengguna pakej prabayar sempena musim perayaan ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

prabayar

Beliau menambah, kemudahan yang disediakan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan.

“Para pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut,” jelasnya. – MalaysiaGazette