Gambar Hiasan: Foto: FB

AMSTERDAM – Pihak berkuasa Lapangan Terbang Schiphol menemui mayat seorang lelaki di bahagian roda belakang sebuah pesawat KLM selepas pesawat tersebut mendarat di lapangan terbang yang terletak luar Amsterdam, Belanda.

Pesawat tersebut terbang dari sebuah bandar di Kanada menuju ke Amsterdam, menurut agensi berita, ANP seperti dipetik NL Times.

Bagaimanapun, pesawat sama telah mendarat di Lagos, Nigeria sebelum terbang ke Kanada, baru baru ini.

Menurut jurucakap Marechaussee (cabang tentera Belanda), adalah tidak jelas bagaimana lelaki itu boleh berada di bahagian  mekanisma pendaratan pesawat dan di bandar mana mangsa memasuki pesawat.

“Siasatan dilakukan dan kami cuba mengenal pasti identiti mangsa bagi membolehkan keluarganya dimaklumkan (mengenai kemalangan itu),” katanya seorang jurucakap kepada Telegraaf.

Kira-kira dua tahun lalu, seorang lelaki ditemui mati di bahagian roda sebuah pesawat yang terbang dari Lagos ke Amsterdam.

Bagaimanapun, tidak semua mereka yang melakukan perkara itu terkorban.

Seorang remaja berusia 16 tahun warga Kenya berada di bahagian roda belakang pesawat yang mendarat Maastricht, Belanda dari London ditemui selamat dan dia kemudian memohon suaka.

“Kadang kala seseorang selamat tetapi selalunya melibatkan pengakhiran yang buruk berikutan penurunan suhu secara mendadak ketika berada di udara,” kata jurucakap itu.

Suhu boleh turun sehingga -50 darjah selsius pada penerbangan jarak jauh dan kandungan oksigen jatuh pada tahap berbahaya. – Agensi176 aboard the plane were killed.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast