KUALA LUMPUR – Selangor FC merangkul kemenangan keduanya apabila berjaya menundukkan Kelantan FC, 3-0 pada aksi perlawanan Piala MFL di Stadium UiTM, Shah Alam, semalam.
Bermula pada babak pertama, Muhammad Aliff Izwan Yuslan menjaringkan gol pendahuluan enam minit sebelum rehat.
Mohammad Haykal Danish Mohd Haizon kemudian menyukarkan peluang The Red Warriors untuk bangkit selepas menggandakan kelebihan pasukan pada minit ke-62.
Kelekaan pelawat di hujung permainan sekali lagi dihukum Aliff Izwan yang menjaringkan gol kedua peribadi minit ke-84.
Kemenangan itu menyaksikan tuan rumah naik ke posisi ketiga carta mengumpul lapan mata.
Kelantan FC pula tewas kali ketiga dan menduduki tangga tercorot Kumpulan B, mempunyai empat mata. – MalaysiaGazette