BEIJING – Sebuah hospital di sini terbakar dan mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang.
Kejadian itu memaksa berpuluh-puluh pesakit Hospital Beijing Changfeng dipindahkan.
Media sosial berkongsi gambar beberapa pesakit menggunakan cadar yang dijadikan tali untuk keluar dari bangunan hospital bagi menyelamatkan nyawa masing-masing.
Ada pula yang memanjat keluar dari tingkap bangunan dan duduk di tepi alat penghawa dingin di luar wad.
Asap hitam berkepul-kepul dari wad berkenaan semasa api sedang marak.
Kira-kira 70 orang pesakit berjaya diselamatkan.
China Daily melaporkan kebakaran berlaku kira-kira jam 12.57 tengah hari, bermula di wad pesakit.
Api hanya dapat dikawal selepas sejam setengah.- Agensi