Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lima daerah di Selangor dan seluruh Kuala Lumpur diramal mengalami ribut petir serta hujan lebat petang ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan, lima daerah terlibat ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling.

Beberapa kawasan di Kedah, seluruh Pulau Pinang, beberapa daerah di Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah turut diramal mengalami keadaan sama.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, laman sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette