Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf

KUANTAN – Polis menahan lima individu yang disyaki terbabit dalam 35 kes khianbat harta benda dan simbah cat di kediaman peminjam wang daripada ‘ah long’ di Pahang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua yang ditahan dalam Op Vulture yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berumur antara 26 hingga 40 tahun itu ditahan di dua buah rumah di Lancang.

“Pihak polis juga telah berjaya membuat rampasan barang-barang yang digunakan oleh kumpulan saspek tersebut seperti cat merah dan permanent marker pen berwarna merah,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Ramli, kes disiasat di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1991 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Berikutan itu beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat pinjaman melalui aplikasi atas talian yang tidak sah serta daripada pemberi pinjaman wang yang tidak berlesen. – MalaysiaGazette