pelekat cukai jalan
Gambar salinan asal saman yang dikeluarkan terhadap seorang pemandu kerana gagal mempamerkan pelekat cukai jalan seperti yang tular dalam media sosial.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan perlu menyeragamkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung peraturan baharu yang tidak mewajibkan pelekat cukai jalan ditampal pada cermin hadapan kenderaan persendirian bagi semua agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Daniel Wa Wai How berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan anggota penguatkuasaan serta pengguna jalan raya.

Menurut beliau, walaupun Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan tentang kelonggaran tersebut pada 10 Februari lalu, masih ada pemandu kenderaan persendirian yang disaman.

“Anthony perlu memberi maklum balas dan memberi jawapan yang jelas manakala peraturan, latihan dan peranti pemeriksaan untuk anggota penguatkuasaan trafik perlu diseragamkan.

“Jika tidak, pemandu seharusnya diminta untuk menampal semula pelekat cukai jalan bagi mengelakkan sebarang pertikaian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

pelekai cukai jalan
Daniel Wa Wai How

Daniel mengulas mengenai isu seorang pemandu disaman oleh polis trafik di Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Petaling Jaya kerana gagal mempamerkan pelekat cukai jalan pada 16 April lalu.

Isu itu tular dalam media sosial setelah dikongsi melalui laman Facebook milik ‘Faiz Sulaiman’.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam kenyataan media semalam berkata, pembatalan saman telah dilakukan manakala siasatan dalaman akan dibuat terhadap anggota polis terbabit atas kecuaian yang dilakukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. saya cadangkan agar MOT ikut cara beberapa negara jiran kita road tax di cetak pada nombor pendaftaran. kenderaan dan secara tidak lansung pehak kerajaan blh menjana pendapatan melalui percetakan pada nombor pé.ndaftaran

Comments are closed.