Tempat parkir yang runtuh di New York City. foto Insider News

NEW YORK – Seorang maut dan lima lagi cedera apabila sebahagian daripada tempat letak kereta bertingkat runtuh di New York City.

Polis juga percaya masih ada individu yang terperangkap di tempat letak kereta itu.

Kejadian kira-kira 4 petang itu berlaku apabila tingkat dua struktur tiga tingkat di daerah kewangan Manhattan runtuh, menimpa tingkat satu.

Pihak berkuasa berkata, angka semua pekerja di bangunan itu telah diambil kira.

Video yang disiarkan dalam talian menunjukkan kereta dan serpihan disusun tinggi di atas timbunan konkrit yang hancur.

Ketua Jabatan Bomba New York City, John Esposito berkata, operasi menyelamat itu “amat berbahaya” kepada anggota bomba dan menganggap struktur itu “sangat tidak stabil”.

“Kami mempunyai anggota bomba di dalam bangunan untuk melakukan pencarian tetapi  bangunan itu terus runtuh.

“Pada masa ini, kami percaya semua pekerja berada dalam bahaya, oleh itu semuanya diarah keluar dari bangunan,” katanya.

Datuk Bandar pula memberitahu, disebabkan siuasi itu, pasukan keselamatan terpaksa menggunakan anjing robotik untuk masuk ke dalam bangunan.

Eric Adams berkata, anjing robot itu dapat menghantar video dari dalam bangunan dan selepas itu dron diterbangkan untuk menjalankan penilaian dan carian.

Punca runtuhan belum diketahui dan penilaian keselamatan terhadap bangunan sebelah sedang dijalankan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast