Ir. Dr. Zaini Ujang

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zaini Ujang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata, Zaini berusia 58 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Ijazah Sarjana aKejuruteraan Persekitaran, Universiti Newcastle di United Kingdom.

“Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di UTM pada 6 Ogos 1988 sebelum memegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 1 Oktober 2011,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaini pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Alam Sekitar dan Air.

“Semoga dengan pelantikan ini, beliau dapat merealisasikan visi kementerian sebagai ‘Peneraju Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia Negara’,” katanya. – MalaysiaGazette